Thursday, October 02, 2014
   
Text Size

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN KEPADA SEMUA WARGA SMK LOKMAN HAKIM DAN SELURUH UMAT ISLAM




GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA




GURU BERTUGAS MINGGU INI : 08 - 12 JULAI 2013 PN JULIANA BINTI ABD RAHMAN, PN SITI HAJAR BINTI MAHADI DAN EN MOHD FAIZ BIN MUSA




Laman Rasmi SMK Lokman Hakim

PERTANDINGAN KAWAD KAKI DAERAH

 
  Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Daerah Kota Tinggi telah berlangsung di SM Sains Bandar Penawar, SMK Agama Bandar Penawar dan SMK Bandar Penawar pada 20 April yang lalu. SMK Lokman Hakim menghantar satu pasukan sahaja iaitu pasukan Pergerakkan Puteri Islam. Walau bagaimanapun pasukan ini telah tewas. Menurut pengurus pasukan ini iaitu En Zaidi Norli Bin M Noah, walaupun tewas ahli pasukan sangat berpuas hati dengan persembahan yang telah dipamerkan dan kekalahan ini diterima dengan hati terbuka.
          Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua ahli pasukan, guru-guru terutama kepada jurulatih En Azlan Bin Abdullah, Pn Saliza Bt Tukirin dan Pn Norliyana Bt Nordin.

<Gambar>

 

PELANCARAN PROGRAM BENCI ZINA

 

                                              
SMKLH 5 April 2013: Pelancaran Program Benci Zina peringkat sekolah telah diadakan pada pagi tadi bertempat di Surau Al-Hakim SMK Lokman Hakim. Pn Hjh Noor Zaini Binti Hj Danian selaku GPK Pentadbiran sekolah ini telah merasmikan pelancaran program ini yang dihadiri oleh semua pelajar dan guru sekolah ini. En Mohd Fais Bin Musa selaku guru  Unit Bimbingan dan Kaunseling dan setiausaha bagi program ini  menyatakan bahawa tujuan program ini diadakan adalah  untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar sekolah tentang pentingnya menjauhi gejala seks bebas dan juga bagi melahirkan generasi pelajar yang mempunyai nilai moral yang tinggi dan etika diri yang ampuh dalam menghadapi cabaran perubahan sosial masyarakat.
        Program yang bermula pada pukul 7.15 pagi ini  dilengkapkan dengan acara ceramah agama oleh Ustaz Syed Nurul Fadli seorang penceramah dari SMK Tan Seri Jaafar Albar Kota Tinggi. Diharapkan pelajar-pelajar dapat mengambil iktibar dan pelajaran dari perkara-perkara dan nasihat-nasihat yang teah disampaikan oleh beliau. 
   

MAJLIS PELANTIKAN PUSTAKAWAN

 

                

SMKLH 18 Mac 2013 :  Majlis Pelantikan Pengawas Pusat Sumber telah diadakan bertempat di Dataran Ilmu SMK Lokman Hakim. Majlis yang bermula pada pukul 7.15 pagi di mulai dengan bacaan doa oleh Saudara Mohd Sobarie Bin Chamingan dengan dihadiri oleh semua pelajar sekolah dan guru-guru SMK Lokman Hakim. Antara objektif majlis ini diadakan adalah untuk memberi pengiktirafan dan semangat kepada barisan Pengawas Pusat Sumber supaya dapat menjalankan tugas yang diamanahkan oleh pihak sekolah dengan dedikasi dan penuh tanggungjawab.

          Majils ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua sekolah ini iaitu Pn Hjh Rusidah Binti Saian. Antara ucapan Pengetua menyatakan bahawa Pengawas Pusat Sumber perlu menjadi contoh kepada pelajar-pelajar lain bukan sahaja dari segi kepimpinan, tetapi juga dari segi akademik dan sahsiah. Beliau juga menyeru semua Pengawas PSS memperbanyakkan jumlah bacaan buku mereka.

         Pada tahun ini saudari Kuntum Zawana Binti Saliman telah dilantik menjadi pengerusi dan mengetuai barisan kepimpinan Pengawas Pusat Sumber. Diharapkan beliau dapat memimpin ahli-ahlinya untuk menjadi satu pasukan pemimpin yang boleh memimpin pelajar-pelajar lain.

                        

<lagi gambar>

i.                     Memberi pengiktirafan dan semangat kepada barisan Pengawas Perpustakaan SMK Lokman Hakim supaya dapat melakukan tugas yang diamanahkan oleh pihak sekolah dengan dedikasi dan penuh tanggungjawab.

   

MESYUARAT AGUNG PIBG

        

SMKLH: Mesyuarat Agung PIBG kali ke 26 telah dijalankan pada 2 Mac 2013 bertempat di Dewan Orang Ramai Felda Lok Heng Barat. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh En Zailani Bin Hj Selamat, Pengarah Seranta(Felda) Negeri Johor, Jabatan Perdana Menteri. Dalam majlis ini juga pihak sekolah telah memperkenalkan kepada ibubapa 'pelajar-pelajar Hadrah'. Pelajar Hadrah merupakan pelajar-pelajar target yang telah dikenalpasti oleh pihak sekolah. Mereka inilah yang akan menaikkan nama sekolah dalam peperiksaan PMR dan SPM 2013.

Dalam mesyuarat ini juga ramai ibu bapa mengambil peluang bertanyakan perkembangan sekolah pada masa kini. mereka mengharapkan agar pihak sekolah dapat memberikan pelajaran yang sebaik mungkin untuk anak-anak mereka.

    

    

<lagi gambar>

   

PELANCARAN PROGRAM NILAM

   

 

SMK Lokman Hakim:

‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.

Program ini ialah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan ialah urus setia di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaras program ini. Sehubungan dengan itu Pusat Sumber SMK lokman Hakim telah membuat satu program iaitu Pelancaran Program Nilam dan Penyampaian Hadiah Tokoh Nilam Peringkat sekolah ini. Pelancaran Program Nilam telah disempurnakan oleh Pengetua SMK Lokman Hakim iaitu Pn Hjh Rusidah Binti Hj Saian pada 25 Feb. 2013 bertempat di Dataran Ilmu.Tokoh Nilam sekolah ini telah disandang oleh Saudari Fitrah Binti Joha dari kelas 5 Alfa. Beliau telah dihadiahkan dengan sijil, sebuah novel dan piala. Bagi memberikan galakkan kepada pelajar-pelajar lain pihak sekolah turut memberikan hadiah kepada pembaca terbanyak mengikut tingkatan.

Syabas dan tahniah kepada pemenang dan diharapkan dengan adanya usaha sebegini akan mendorong pelajar-pelajar lain untuk menanam minat membaca.

     

   

Page 1 of 5

log Masuk

KEPIMPINAN PENDIDIKAN

Y.A.B Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin
Menteri Pelajaran Malaysia 
 

Y.Bhg. Dato Abd. Ghafar bin Mahmud
(Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia)

En. Mohd Nor Bin A.Ghani
(Pengarah Pelajaran Johor)

ENCIK MD DIN BIN HUSSIEN
Pegawai Pelajaran Daerah Kota Tinggi

 

TEPATI MASA

Statistik Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini33
mod_vvisit_counterMinggu Ini200
mod_vvisit_counterBulan Ini85
mod_vvisit_counterPelawat Keseluruhan239203

IP Anda: 184.72.177.47
Hari Ini: 02 Oct, 2014

PENTADBIRAN SEKOLAH

PENGETUA
PN HJH RUSIDAH BINTI HJ SAIAN
GPK PENTADBIRAN
PN HJH NOOR ZAINI BT HJ DANIAN
GPK HEM
PN. HJH. ASMIMAH BINTI SAIRY
norizancutout_copy
GPK KOKURIKULUM
PN. NORIZAN BT MOHAMAD

Pautan

PMR 2012

SPM 2012

PERHATIAN SPM TINGGAL LAGI :
ADAKAH ANDA SUDAH BERSEDIA?